30 January 2009

Aku yang stress.....

Sejak 2menjak kebelakangan ni, aku rasa macam 'slow' aje lah.. maksudnya macam tak de mood.. mood hilang di bawa perasaan yg bercelaru... fikiran yang kusut masai.. tak tahulah kenapa.. Nak mengupdate n3 pun macam slow... nak komited pada kerjapun terasa slow... (ada ISO Audit, tapi aku wat dekkkkk ajer...)...nak lunch kat luar pun rasa slow... kenapa ek??
aku harap sangat...bebanan perasaan dan fikiran ni akan berakhir dalam minggu ni.. sesungguhnya, aku amat mengharap ia akan berakhir...
Sedang aku dalam 'penjara mood' ni, tiba2 terjumpa madah ni.. emm menarik jugak membacanya... jom kongsi.... (sharing is caring)..
KEGAGALAN bukanlah bererti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukanlah bererti anda tidak mencapai apa-apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukanlah bererti anda seorang bodoh kerana mencuba
Ia bererti anda berani, anda berhati teguh,
besemangat waja - berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukanlah bermakna anda tidak akan berjaya
Ia hanyalah bermakna memerlukan sedikit lagi masa

Kegagalan bukanlah bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda berpeluang untuk
bermula semula; mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukanlah bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia hanyalah bermakna Dia mempunyai rancangan yang lebih baik

Jadi benarlah, kegagalan itu tidak pernah muktamad.

26 January 2009

Seribu cerita.....

Kenapa namanya 'seribu cerita'? kerana aku malas nak sub-sub kan entry kali ni.. so, belasah ajerlah... sepanjang tempoh sakit dan tempoh cuti ni,.. inilah antara aktiviti kami sekeluarga...

Gambar di atas ini di ambil ketika kami sekeluarga nak pulang ke kampung mertua.. cuaca amatlah panas terik... kalau ikut perancangan, nak balik kampung pada hari sabtu jam 3 petang.. tapi Tuan S banyak sangat aktiviti nyer yg tersendiri... so, last2 balik kampung kul 8.30 malam...

Gambar di atas ini pulak adalah gambar pada sabtu tengahari tu... of cozlah tak memasak kan kerana nak balik kampung... so, kami singgah makan kat restoran RasaMas.. kalau tak silap lah... emm boleh tahan jugak lah rasanya... hakikatnya aku nak makan CRS.. tapi Tuan S dah muak katanya... so nak tak nak... makan ajelah kat RasaMas ni....


Gambar ni pulak di ambil pada hari ahad jam 4.30 petang setelah aku sampai dari Ipoh... actually, aku bermalam sehari je kat rumah mertua... sebabnya.. Tuan S ada byk urusan dan ditambah pula ngan Azim dan Arissa ada class taekwando... Kat umah keluarga aku, ramai yg ada.. termasuk adik beradik ku yang dari Arau dan Segamat... so, mak usu pun ada datang.. Jadi, kesempatan yg ada ni, aku pun bawaklah mereka jalan2 KLCC... tapi tak lama jalan pun sebab aku penat dan anak mak usu (Elman) tu nak berdukung! Jenuh aku tengok mak usu dukung dia...

Gambar ini pula di ambil pada hari Isnin... Gong Xi Fa Cai.. heheheh... actually tak terpikir pun nak ke mana-mana kerana hari ni adalah hari buat assignment sepatutnya.. tapi kena gak keluar kerana perut kena isi.. (as usual aku tak masakkan....) so, tak semena2 singgah jap ke Midvalley.... pastu baru teringat ada pameran islam... syok jugak p sini.. macam2 barang ada.. baru lah aku sedar yg kita sebenarnya ada byk produk...... ada lah jugak sedikit sebanyak benda yang aku beli... ingat nak cari ubat utk migrain ni... tapi tak terjumpa... rasanyer memang ada jual.. cuma terlalu ramai orang.... kat exhibition room ni ada pameran islam, kat ground floor MV ni lak ada persembahan tarian cina... so terlalu ramai orang... well, aku ni cepat runsing bila dah crowded... akhirnya, balik lah selepas round2 ala kadar...


Apa pulak aktiviti rakan2 di luar sana ye....??? share lah...
















Gong Xi Fa Cai....

Gong Xi Fa Cai ... ang pau na lai???
Lamanya dla tak menjejakkan kaki di sini kan... maklumlah, tatkala kesihatan tidak mengizinkan, maka semuanya jadi tak kena... Skrg ni, alhamdulillah, semakin pulih, semakin sihat.... actually, ni first time dla migrain tanpa MC... biasanyer kalau kena migrain, memang ubat mujarabnya adalah tidur yang panjang... tapi, setelah dla mengenali seseorang di blog ini,... AI namanya... dla sangat teruja melihat dia melawan penyakit yang dihadapinya... semangat beliau.. membuatkan dla pun cuba jadi macam beliau.. melawan penyakit.... tak gitu Ai? Sesungguhnya, aku belum sampai lagi ke tahap semangat ko tu.. tapi aku sedang berusaha menuju ke arahnya.....
Dalam masa sakit tu, memang dla telan 'synflex' ajelah.... pastu, kadang2 kalau tak tahan sangat denyutan di kepala ni, maka dla telan jugak 'ponstan'... lama-lama jadi weng-weng-weng kepala ni.... Sesungguhnya, bila nikmat ditarik oleh Allah, maka baru kita tahu betapa bergunanya nikmat itu kepada kita dan barulah kita tahu bersyukur kepada-NYA....
Okaylah.... selamat bercuti panjang ek kawan2 semua.. dan wo xing ni kuai ler... (betul ke ayat aku ni... belasah ajelah... dah lama meninggalkan mandarin language ni....) Berhati2 di jalan raya dan enjoy ur holiday with peace.....