You all tengok tak berita malam semalam?
Mesti terperasan satu berita tentang dua orang kanak2 terkena peluru di Kaunter TNB, Jalan Klang Lama.... ada saper2 yg mengikuti berita tersebut? Emmm... memang sedih dan kesian kat dua orang budak nie wei... mangsa yang tak berdosa dan bersalah... tapi tu lah... inilah yang dinamakan, 'malang tak berbau' atau 'kun fa ya kun'...
Okaylah, secara rumusannya, kejadian berlaku dalam jam 2:30ptg... Seorang ibu nie membawa anak dia dan anak saudaranya ke kedai TNB utk bayar bil. Ada seorang pengawal keselamatan kat situ terjatuhkan senapang lantas senapang tu meletup.... terus terkena kaki 2 orang kanak2 nie... Si Pengawal Keselamatan nie plak, siap larik lagi... mungkin panic dan kelam kabut. Agak parah jugak lah keadaan kaki kanak2 tu... kemungkinan 3 jarinya akan dipotong... adoihai........... sedih giler nie.. sedih sangat....
Emmm salah siapa nie erk... kecuaian saper nie ye....
Sebagai anggota kerja TNB, dla nak inform yang pengawal keselamatan tersebut sama kali bukan anggota kerja TNB, sebaliknya beliau adalah pekerja di salah sebuah Syarikat Kawalan Keselamatan yang di 'outsource' oleh TNB...
Cuma di sini, tempat kejadian adalah berlaku di dalam premis TNB.
Dan impaknya, memberikan kesan terhadap our image and reputations.
Apa2pun, sebagai sebuah syarikat utiliti yg besar, dla yakin TNB tidak memandang sepi kejadian ini.. pasti tindakan susulan akan menyusul terhadap syarikat berkenaan. Kita biarkan lah pihak berkuasa menyelidik dan menyiasat kejadiaan ini sama ada berunsur kecuaian atau tidak.
Sesungguhnya, dla amat bersimpati pada keluarga kanak2 nie...
Petang tadi masa lunch, dla p amcorp mall, then, nampak je guard yang pegang senapang or pistol, secara automatic, dla akan larikkkkkkkkkkk... takut wei.. takut sangat.......
Okay, di sini dla bagi u all tengok gambar real kejadian semalam tu....jangan salah guna gambar nie tau...

Banyaknya darahhh.. i takut...

adoiiiiiii kesian kaki adik nie...

Tengok tu..ibu jari dia macam hancur jer kan...

banyaknyer darah.... merah menyala...

adik nie menahan sakit.. kesian adik nie..

ramai yang tolong membantu

sabar ye dik.. sabar.. sat lagi ambulans datang

adoiiiiiii... ngeri

emm tak dapat dibayangkan kalau terkena di badan, kepala, ...ya Allah.. lindungilah kami.




