19 June 2009

Selamat Hari Bapa... buat suamiku....


Buat suamiku, SHAMSUL AZMI B. AHMAD RAZLI... selamat menyambut hari Bapa..... Terima kasih kerana telah mencurahkan sepenuh kasih sayang buat permata hati dan pengikat kasih kita iaitu AZIM AIMAN DAN ARISSA SYAQIRAH.... semoga anak-anak kita membesar sebagai seorang muslim yang penuh dengan etika dan adab seorang khalifah Allah....

Selamat Hari Bapa


Pada 21hb June ni merupakan hari Bapa... so di kesempatan itu, aku juga ingin mengucapkan selamat hari bapa buat 'ayah'ku... Shaary b. Abdullah Sani... Sesungguhnya tanda kasih dan sayang aku padanya bukanlah pada 21hb June semata2... sebaliknya, kasih dan sayang aku padanya ada pada setiap nafasku....


Aku amat berterima kasih pada ayah kerana telah membesarkan aku, mendidik aku, memberikan segala keperluan dan kemudahan untuk aku, memberikan pandangan dan support serta kasih sayang yang tak berbelah bahagi... Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan ayah tiada galang gantinya...
Love u so much ayah..............

17 June 2009

Dah nak masuk class...

Dla nak inform ni... dla akan start class pada 20hb June 2009... wah... terasa cepat je cuti... tup-tup-tup.. dah nak mula sem kedua lah pulak... emm tak aperlah kan ... dla memang sangat tak sabar nak menghabiskan pengajian... Mohon support dari kawan2 semua erk utk dla terus kuat dan kental...

Oh ya... dla dah 3 hari tak keje ni.. MC... sakit...... kesian kan.. adus... sakitnya... dan BP pun masih turun je ni... 90/65 je... doktor kata, tak leh stress, tak leh tertekan, tak leh runsing, tak leh rushing buat keje dan macam2 lagi tak boleh... Tak apelah.. dla akan try memperlahankan pergerakan....Doakan dla ye kawan2....