01 March 2009

Jom serang IKEA

Jom serang IKEA..

Selepas selesai je mesyuarat takas + selepas mengemaskan umah mak... aku anak beranak lepak ke IKEA... skrg kan IKEA ada sale.... so, harus diserbu.... actually jumaat lepas aku dah p sini ngan member2 opis... aku tak puas hati sebab byk benda murah yg syok utk dibeli... tapi, harus dibawa bersama SUAMI kerana dia kan MOF....dia perlu luluskan semua budget dulu....
Kami ke IKEA ni agak lewat... tapi nasib baik business hours sampai kul 11 malam... sempat gak lah membeli belah... apa2pun aku puas hati betul... rasa sangat seronok berbelanja di IKEA ni... Oh ya... sebenarnya waktu p sini, aku dah rasa tak sedap badan.. sakit tekak dan lenguh2 badan... adakah aku akan mengalami demam?....




Tuan S sedang mengemas /menyusun atur barang2 yang dibeli...
nampak tak ular tu?.. harganya hanya RM15...


Situasi Mesyuarat TAKAS

Nielah situasi semasa berlangsungnyer mesyuarat TAKAS... actually, meeting ni siap ada minit mesyuarat tau... ada pengerusi, setiausha, bendahari.... hehehheeh... skrg ni isu2 yang dibangkitkan berberbentuk normal... so, tak der lah yg best sangat...
Untuk makluman you all jugak... ahli2 Takas ni memang kuat berjalan a.ka. melancong... tiap2 tahun ader je aktiviti mereka... yang terkini, pada bulan jun nanti takas buat lawatan ke Kuching, Sarawak....
Yang baju pink tu, adalah secretary takas.... kusyuk tu ambik minit...
Yang baju kuning ni.. adalah 'pengerusi' takas atau lebih dikenali sebagai 'pak lang'...

Seperti biasa,.. ending meeting adalah collection duit takas...

emm diskus aper tu?? Next month takas akan diadakan di lumut, perak.. my uncle sponsor 2 biji challet + 2 biji challet lagi akan disponsor oleh takas...
Yang pastikan,.. aku sangat2 letih giler kerana aku ler org paling busy... aku lah yg tolong kemas2kan pinggan mangkuk kotor, yg tolong refill kan makanan yang abis, dan mcm2 lagi... adoi... penat.. penat...




Mesyuarat TAKAS di keramat

N3 yang lalu dla ada mentioned tentang TAKAS kan... mcm ni.. Takas tu maknanyer, Tabung Amanah Keluarga Abdullah Sani.... Datuk dla bernama Abdullah Sani.. dan datuk dla mempunyai 13 orang anak dan berpuluh2 orang cucu serta cicit....keluarga kami sangat besar dan dalam 13 orang tu, hanya 2 orang je anak2 atuk dla yang tinggal jauh dari KL,... sorang kat Kluang Johor dan sorang lagi kat Sg Nerang, Kedah... yang lain-lain memang ada kat kawasan lembah klang.

Penubuhan TAKAS ni dah lama dah.. kalau tak silap pada tahun 1995 lagi.... actually, masa mula2 dulu, penubuhannya adalah untuk memantau, membantu dan menyediakan bantuan kepada arwah nenek + arwah datuk.. yelah.. anak2 mereka ada 13 orang dan masing2 bagi duit,.. so, bila arwah nenek masuk spital..... kadang2 duit arwah nenek tu tak tahu mana pergi... so, itulah sebabnya TAKAS ditubuhkan....

Semasa arwah atuk hidup,... memang tabung ni banyak membantu dalam urusan menyediakan kemudahan atuk seperti sediakan pembantu rumah khas utk jaga atuk, me'renovate' rumah supaya memudahkan atuk dan mcm2 lagilah...

Kini, bila atuk dah tak ader... tabung ni diteruskan jugak kerana kami semua tak mahu masing2 bawak haluan sendiri.. bila berkumpul dan bermesyuarat ni, sekurang2nya kami dapat berjumpa.. oleh itu, perjumpaan diadakan pada setiap bulan dan tempatnya akan bertukar2... ada yang buat kat rumah, ada yang sponsor buat kat hotel, ada yg sponsor buat kat tempat perkelahan... pendek kata, buatlah kat mana2 janji sebulan sekali mesti ada meeting ni.

Objektif TAKAS skrg ni jugak dah pelbagai... ia membantu ahli2 keluarga yang mempunyai masalah,.. saper2 yg nak kawen, akan dapat bantuan dari takas, saper2 yang melahirkan baby dpt duit, saper2 yg admitted pun dapat duit, saper2 yang anak mereka ambik UPSR, PMR dan SPM akan diberikan yuran, dan anak2 yang masuk darjah satu jugak akan diberikan imbuhan... Dan yang paling best... result2 exam akan diwartakan dalam minit mesyuarat... pendek kata, setiap perkembangan kami akan dipantau oleh ahli keluarga....

emmmmm panjangnyer explanation kan....

Okay, kali ni, takas dibuat di rumah mak dla kerana my mum buat kenduri sikit sempena dapat 2 orang cucu.... so, menu utk mesyuarat ni, nasi impit + kuah kacang + kuang lontong + mee hon dan kuih muih... yang lain2.. ahli2 takas bawak... jom layan...






Jom makan....

Hari sabtu hari tu,... merupakan hari yang agak sibuk untuk aku.. mana tak nyer... pagi2 dalam jam 10 pagi, aku bergegas ke UPM.... skrg ni, memang hujung2 minggu, aku rajinnnnnnn sgt p UPM..kalau bukan utk class, aku ke sana utk hantar assignment dan juga sekadar 'menyeru' mood....
Hari sabtu tu juga ada mesyuarat TAKAS... apa itu? nanti aku explain ek... yg pasti, lepas pi UPM, perut kami anak beranak tak tertahan lapar.... so, singgah sebentar di Tesco Cheras.. (kata nak boikot... tapi aku p jugak...).. Emmm.. inilah serba sedikit makanan yang kami order...nak kata sedap sgt... tak lah.. tapi bolehlah utk mengalas perut dan bersyukur atas rezeki yang diberikan oleh-NYA.



Ni makanan yang diorder oleh Tuan S...
Tengok tu, siap ada ABC + Cendol...


Ni makanan yang aku order..'hotplate chicken blackpaper'
dan air mangga...


amat meyelerakan...

Azim order mee lakna... tapi kan dia tak abis makan... sebab memang pedas....

Arissa pulak order laksa..
pun tak abis makan....
anak2 aku memang cenggini.. selalu makan tak abis..
ikut saper lah ni ek?????



















ddd