17 January 2009

Window Shopping

Hari ni, kami memang tak de 'program of the day'... memang minggu ni aktiviti bebas di rumah.. pagi tadi aku dah mengunakan kederat utk kemas segala macam buku2 aku dulu... aku susun buku yg nak digunakan.... so, rasanyer dengan tersusunnya buku2 tersebut, semangat akan datang.....


T/hari.. kalau ikut perbincangan singkat ngan Tuan S, kami nak saja lalu DUKE... nak rakam gambar lebuhraya DUKE..(konon2nya) then, nak beli t-shirt putih utk Azim dan Arissa kerana esok dorang ada class taekwando.. sementara uniform tak dapat, maka kenalah guna t-shirt putih... aku cadang beli je kat HARI2.. sebab, murah + berbaloi. Pastu, kami nak p JJ Setiawangsa... kesian kat my hubby... first time dia nak masuk JJ Setiawangsa ni... so, aku ikut ajelah....





Ni gambar aku sedang 'gedik santai'...

Anak2 aku yg gedik satai nak berjalan....


Azim yang 'peace'

Arissa yg concentrate main game..
Rupa2nya DUKE tak dibuka sepenuhnya... hanya laluan gombak aje... ish.. tak syok langsung... tapi tak kisahlah... janji keluar umah... then, kat JJ Setiawangsa ni ada persembahan Xong Xi Fa Cai... emm kitaorang pun layan ajelah... emm malaslah nak citer.. tengok je gambar2 ini...




Hai.. Tuan S pun join main jugak ke???!


Persembahan tarian ... sorry, gambar tak 'clear'

Aku yg over nak bergambar...




Mari ke dapur....

Last entry yang menceritakan tentang masakan adalah pada tahun lepas... masak nasi ayam & nasi lemak.. dan sejak itu, memang aku pun tak pernah memasak... kui.. kui.. kui... Cuma, hari ni ntah apa kena, tiba2 aku bersemangat pulak nak masak.. Actually aku seru semangat belajar.. tapi yg mai datang semangat memasak lah pulak.. tapi tak kisahlah... janji ada gak semangat....

ni masakan pertama... sayur soun /fucuk jer... senang + mudah...

Hari ni aku persembahkan lauk simple... mudah dan jimat utk ahli keluarga ku.. janji kami semua makan dan tak kelaparan.... okaylah.. layan je gambar...

Emm.. bahan tak ada dalam esbok.. so, aku main belasah ajelah...

Aku plan masak ayam rendang tanpa kerisik....

Emmm inilah hasilnya..Emm simple je kan...

16 January 2009

Dla dan semangat....

Korang... aku nak inform yang aku ada banyak assignment ni..... tapi, satu pun tak buat lagi... bukan aku malas, bukan aku tak ada masa, bukan aku blur... tapi aku merasakan 'roh/semangat' aku tak menyerap 100% dalam diri aku..... kenapa ni ye... Aku perlu buat sesuatu ni... tolonggggggggggggggggg.... mana roh/semangat tu???
Korang nak tahu tak... (jawablah nakkkkkkkk)... masa aku ambik SPM dulu, aku ni dapat result teruk tau...memang sekadar cukup2 makan ajer.... Aku akui, memang masa aku kat SMVT, aku memang 150% tak fokus pada pelajaran.. masa tu, memang aku tak dapat secalit pun gambaran apa itu SPM, apa itu kehidupan selepas SPM.. yang aku tahu.. aku kena ambik SPM aje... Dan masa umur 16 & 17 tahun tu, memang 'gedik2 santai' punyer perangai pun boleh tahan jugaklah.. heheheheh.... Rasanya.. dalam sejarah kehidupan aku ni, umur 16 dan 17 adalah umur yang paling banyak aku sia-siakan.. itu sebab memori sewaktu umur 16 dan 17 agak kabur dalam kotak ingatan aku...... aku rasa sungguh menyesal kerana aku tak gunakan umur 16&17 tu dengan sebaik2nya dan secara berfaedah...
Tetapi,.. aku yakin dan percaya.. setiap yang pahit ada manisnya.... sekurang2nya, dengan result SPM yang teruk tu... aku mula belajar tentang kehidupan yg sgt mencabar ini... Aku dikira bernasib baik kerana BM dan BI aku credit yang memungkinkan aku memasuki ITM (skrg Uitm) dan ambik course Diploma Sains Kesetiausahaan.... DI sini,.. aku mula mempelajari sedikit demi sedikit tentang masa depan. Andai kata, cikgu2 kat SMVT dulu tengok cara aku belajar dan menguruskan masa, gerenti dorang tabik spring kat aku.. hehehehehehe.. Dan aku rasa, sekiranya aku praktikan cara ini semasa SPM, tentu aku boleh dapat Gred 1..... Tapi, itulah nama pun manusia yang lemah kan..bila dah terhantuk, baru nak terngadah.... lagipun, kita belajar dari kesilapan...
Eh.. kenapa lak aku melalut ni... aku just nak refreshkan jer kisah2 lama aku... hopefully aku dapat memujuk roh/semangat belajar aku bersatu dalam diri.. heheheheh.. Maaf ye korang kerana entry ni agak bosan... actually entry ni aku tujukan utk diri aku sendiri.. kalau korang nak baca, silakannnn... manalah tahu, boleh mendtgkan faedah pada u all...
Aku berkawen dalam usia agak muda iaitu 22 tahun... lepas jer Diploma, aku kawen dan umur 23 tahun aku dah bersalinkan azim... then umur aku 25 tahun, aku bersalinkan arissa...memang waktu tu aku rasa dah 'stable' dah kehidupan aku.. .. tapi, aku dah jadi bohsan bekerja... asyik2 kena arah, asyik2 kena kerah, asyik2 kena marah... eee tensen... Sampai ke satu tahap,... aku tekadkan pada diri, satu hari nanti aku mesti jadi boss... heheheheh.. kiranya macam berangan habislah.... dan tu ayat nak sedapkan diri sendiri..Emm aku mesti buat anjakan paradigma utk diri aku.. so, aku sambung lagi belajar... ketika ni, memang umur dah tua sikit (heheheh) so, aku kena kerja keras.... tapi alhamdulillah, semuanya berbaloi...
Betul kata-kata Imam Ghazali, semakin kita mempelajari sesutu, semakin kita sedar betapa byk yg kita tak tahu... dan kerana itu... aku cuba sekali lagi dalam usia yang menjangkau 33 tahun ni utk sambung belajar lagi.... Aku harap,.. ketika usia 33 tahun ni,.. aku tak sia2kan masa sebagaimana aku pernah sia2kan sewaktu berusia 16 dan 17.. hehehehTapikan, aku memang respect giler pada kawan2 dan insan2 lain yang berjaya dalam hidupnya walaupun tidak memiliki kelulusan yang tinggi.. Aku amat teruja dengan semangat dan azam orang2 yang telah berjaya mengubah masa depan mereka.... aku macam jeles dgn azam dan semangat jitu dan padu itu.... Ish ish ish.. roh/semangat aku dah nak datang nie... ke marilah semangat.. ke mari... bersatulah dalam jiwaku..
Okaylah korang.. apa dah teruk sgt aku melalut.... aku nak buat assignment ni... Tapi aku mintak maaf awal2 kat korang sebab entry ni memang aku tujukan utk diri aku supaya aku TAK MUDAH LUPA.......

Go dla go....

"SEBENAR-BENAR KEJAYAAN KELAK ADALAH APABILA KITA DIUMUMKAN OLEH ALLAH UNTUK MEMASUKI SYURGA-NYA DAN KEMUNCAK KEJAYAAN ITU IALAH APABILA KITA DAPAT MELIHAT CANTIKNYA WAJAH ALLAH"

15 January 2009

Apa sudah jadi.......................

Sudah agak lama kiranya tidak men'n3' di ruangan ini... tuntutan kerja dan urusan rumahtangga memaksa aku mendiamkan diri seketika.. (walaupun hakikatnya baru 2 hari je tak update..hahahah)... Hari ni dan kali ini aku nak citer pasal "Memey oh Memey"... aku sebenarnya tak mahu ambik port citer panas antara artis2 ni...bukan aku tak minat ruangan hibuaran... tapi, apabila terlalu byk media menonjolkan mereka.. maka, aku dah tak rasa climax dah pada story mereka... cuma.. hari ini, kali ini aku terpanggil untuk memberikan pendapat dan 'kegusaran'.... harap2, jgn ada plak yg menghentam aku.. seikhlasnya... perkara ini perlu kita sama2 fikirkan.

Aku tak tengok pun rancangan Wanita Hari Ini.. (mcm mana nak tengok.. aku kat opis).. tapi, surat khabar dok publish je citer dia... radio pun sama.. tv pun sama.. so, akhirnya, dari tak tahu, terus jadi tahu.. aku tak menyokong mana2 pihak kerana pada aku,...dosa dan pahala adalah dua perkara yang berbeda.

Sedarkah kita akan kesan negatif yang akan menimpa umat islam (terutamanya di Malaysia) apabila cerita Memey dan pengakuan Memey tu diperbesarkan di media? Secara tidak kita sedari dan yg amat mendukacitakan...perkara sebesar khalwat tu sudah menjadi perkara biasa.. macam satu kesalahan langgar had laju jer...
Bila media dok sibuk2 cari Memey, then bagi dia special guest utk that program, itu membuatkan perception tentang khalwat telah terbalik.... ini memberikan gambaran yang khalwat bukan satu kesalahan berat pun! tu yg aku rasa kita patut sama2 pikirkan....Pulak tu..org yang kena tangkap khalwat.. leh lagi senyum manja, possing, dan seakan2, khalwat tu tak de apa2 makna pun... sepatutnya, orang yang kena tangkap khalwat perlu ada rasa malu pada diri, pada masyarakat dan rasa TAKUT pada tuhan...

Aku takut sangat dengan perception yang telah terbalik ini... kesannya mungkin tidak sekarang,.. tetapi dalam beberapa tahun lagi... atau mungkin tak sampai beberapa tahun pun lagi..... Oleh itu.. media... selain daripada mendptkan news value.. kenalah peka kepada kesan sesuatu berita itu terhadap agama, masyarakat dan budaya...Ya.. aku paham.. media tugasnya mendapatkan berita... tak kiralah berita apa sekalipun janji ada news value...tetapi ke'sensetive'an pada sekeliling juga perlu untuk menjamin sebuah masyarakat yang bertamadun.

Masa aku kecik2 dulu.. aku ingat lagi.. jika ada lelaki dan pompuan jalan sama2, mesti orang sekeliling pandang...dan dorang yg berkapel pun tentu rasa malu dan tak berani.. tapi kini... bukan setakat berani pegang2 tangan, peluk2, cium2 pun dorang dah tak heran.. kenapa dorang tak heran? kerana kebanjiran informasi2 ini melalui pelbagai saluran media.... so, aku tak mahu bila hal2 khalwat ni di popularkan, ia akan membuatkan orang ramai pun dah tak heran hal khalwat. Macam tak kesah pun kena tangkap khalwat... macam tak de dah rasa malu .. Di manakah nilai2 kemelayuan yang penuh sopan santun itu?

Sama-samalah kita renungkan ye.....

13 January 2009

Rambut sama hitam...............

Aku tak surelah kalau u all pernah, sedang, atau tidak pernah mengalami situasi yang aku alami ni... kadang2kan aku peliklah jugak ngan perangai manusia ni...
ada yang suka menonjolkan diri, ada yg suka menaikkan diri, ada yg suka berlagak lebih dari realiti... Kadang2.. kita yg humble ni, punyerlah ikhlas bertanya, ikhlas menjawab.. tapi end of the conversation, dorang2 ni tetap nak menangkan diri, tetap nak menaikkan diri..
ish ish ish.. memang tak kuasa nak melayan.. tapi terpaksa melayan.


Situasi 1:

X : Dulu ko bersalinkan anak ko kat mana?

Aku : Kat APSH.. Kenapa?

X : Hospital tu tak best... service tak elok.....bla..bla..bla....(dengan mimik muka lagik tu)...
kenapa ko tak ambik Gleanneagles?

Aku : Emm tak pernah lah pulak lagi aku dengar sesuatu yg tak baik kat APSH tu.. tapi
yang aku tahu.. aku suka kat situ.. aku selesa ngan doktor, nurse dan service situ...

X : Mahal tak?

Aku : Emm first baby tu RM5k sebab aku ada masalah sikit.. then yg second tu RM6k
sebab aku operate...

X : Emm murah lah tu... aku kan dulu bersalin RM9k....

Aku : Oh.. byk nyer duit ko (aku saja je nak test dia ni).....

X : Iyelah.. aku kan nak yang terbaik utk aku dan anak aku... tu pasal aku tak kisah bayar
RM9k pun. Lagipun, hospital tu bagus, nurse2 pun lebih terlatih dari mana2 hospital.

Aku : Ko operation ke? atau ko ada apa2 masalah ?

X : tak lah.. aku normal delivery... dan kesihatan aku tip top.

Aku : abis tu awat mahal sangat? Ko bersalin hospital mana?

X : aku kat Hospital Besar XX... aku ambik first class tau.. bill aku mahal sebab aku saja
request duduk hospital....

Aku : ???? benggang giler...


Cuba korang imaginekan..macam ni punyer orang pun ada ke... maksud aku... kalau ko nak menipu aku pun, buatlah alasan yg educated sikit.. ni alasan tepi longkang aje.. Aku tak kisahlah ko nak beranak RM100000k sekali pun sebab bagi aku sakit nak beranak still sama... tapi ko janganlah nak "UP"kan diri ko dengan alasan yang tak logik!!!! Aku memang tak de niat nak menjaja citer2 pasal bill ni kat ko.. yg ko tiba2 nak meng'up'kan diri ko tu kenapa??? tu yg aku tak paham dan tu yg aku geram tu... ee serabut aku.


Situasi 2


X : Anak ko balik umah kul berapa?

Aku : Petang kul 5.45ptg dah ada kat umah lah... pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama plak.

X : Emmm hebatlah lagi anak aku... dia punya aktiviti dari pagi sampai kul 10mlm.

Aku : Wah.. penuhnya aktiviti anak ko ye...

X : Mestilah... malam anak aku kena p tuisyen....

Aku : Tuisyen?? anak ko darjah 1 kan?

X : a'a... anak aku darjah 1,.. cikgu sekolah dia bagus tau... selalu bagi test kat kelas.. aku tak
mahu anak aku ketinggalan... maklumlah.. bla...bla..bla... (panjang tau syarahan dia)....

Aku : Test? sekolah belum pun sampai 2 minggu dah ada test ke?

X : sekolah anak aku ni sekolah yg terbaik..................bla...bla..bla..


Ya Allah... kenapa aku benggang giler ngan minah ni ek... maksud aku... ko jgnlah nak 'kencing'kan aku... walaupun aku sekolah tak tinggi.. tapi aku tahulah murid2 darjah 1 mana ada test... (kalau test utk tetapkan kelas ke aku tahulah) lagipun murid darjah 1 skrg ni kan ke ada aktiviti orientasi kat sekolah.... ko bercerita macamlah anak ko tu Form 3 or Form 5 yang nak ambik PMR dan SPM... aku risau kat ko.. kenapa ko selalu nak memenagkan diri ko.. kenapa ko selalu nak membanggakan diri.. aku tak kisah kalau apa yg ko citer kan tu benar dan sahih.. tapi masalahnyer.. tak benar.. ko saja je nak menonjolkan diri ko.. tu yg aku tak tahannnnnnnnnn....

tapi ... kenapa aku masih sudi berkawan ngan ko ek????
sebab aku sorang je kawan ko... kawan2 yg lain...dah muak + bosan ngan ko... tu pasal ko dipinggirkan.. tapi ko tak sedar diri plak.. ko ckp, diorang JELES lak ngan ko..
apa lah ko ni.................. aku pun dah tak tahan ni... segala ilmu psychology telah aku gunakan, segala ilmu bahasa dan adab telah aku persembahkan kat ko.. tapi ko masih tak leh ikut cara aku....Macammana ni wei... aku ni selagi terdaya, aku tahanlah .... tapi kalau aku tak daya nak tahan ... aku luahkan kat ko secara face to face.. waktu tu,.. aku takut ko lak yg meraung.....

kesimpulannya di sini: islam menyuruh umatnya BERKESEDERHANAAN... memang kita mampu macam2.. tapi berkesederhanaan itu lebih afdal.... oleh itu... semoga aku, kawan2 dan semua umat islam menghayati semula konsep berkesederhanaan ini....

12 January 2009

Doa Qunut Nazilah untuk Palestine




Qunut Nazilah

Terjemahannya:

Ya ALlah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kamu ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.



ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
• Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

• Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.