29 December 2008

Anjung Warisan...

Pintu masuk Anjung Warisan...

Emm nampak tak tu... makan kat atas pokok.....

Konsep makan kat sini adalah bersila... tapi ada jugak disediakan meja dan kerusi...


nie menu Tuan S... Nasi Penyek... (hehehheheheh)






Anjung Warisan adalah destinasi yang terakhir yang aku kepingin sekali nak pergi... alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku menjejakkan kaki ke sini.. Actually... dalam banyak2 tempat... nak ke Anjung warisan ni lah paling mencabar minda dan menguji iman aku sekeluarga... kami asyik sesat aje tau nak cari anjung warisan ni...
Orang2 yang kami jumpa macam amat payah nak bagi gambaran yang tepat lokasi tempat ni...reaction mereka mesti ckp mcm ni "alahai.. saya pernah p...tapi susahlah dik nak explain"... atau begini " saya tahu tempat tu...tapi saya tak retilah nak tunjukkan arah"... eeeee memang agak stress masa tu, dan aku nekad nak p Balai Polis yang berhampiran jer utk bertanyakan di manakah ANJUNG WARISAN ni...
kenapa aku teruja ke anjung warisan??? sebab aku nak tengok apa yang dimaksudkan makan atas pokok! dan yg keduanyer kerana kat sinilah TOI AF tu main alat muzik tu.. apa ke bendalah namanyer ek......emmm finally.. sampai jugak...tq kepada Sani, pekerja di BHP JB yang baik hati lagi berbudi pekerti melukiskan peta untuk aku sekeluarga... cayalah ..... memang orang2 JB ni baik hati lah... bukan setakat orang JB... orang Malaysia... hehehehhehe
Sampai kat Anjung Warisan.. orang agak ramai... tapi masih boleh masuk.... dan patutlah dorang ckp makan atas pokok...sebab memang boleh makan kat atas pokok...bukanlah bermaksud bergayut makan... owner AW ni buat macam pelantar antara satu pokok ke satu pokok.... Konsep kat sini adalah makan atas lantai..bersila..... memang happeninglah....lagipula...amat selesa... dengan suasana kampung yang menyegarkan, dengan bunyi angklong (itu ke nama alat muzik tu) yang dimainkan oleh 'bukan toi'... kiranyer tempat ni memang sesuai dengan jiwa aku yang agak2 traditional ni....
so, kepada yang ingin ke JB... silalah berkunjung ke AW ni...








4 comments:

atie said...

Pusing2 cari makan ye... akhirnya takla kempunan.

grow2g3th3r said...

atie:


Yup kak... pusing2 cari makan aje ni..saja nak merasa anjung warisan...

izman said...

menarik nampaknya tempat tu. bila la nak ziarah johor pulak.

grow2g3th3r said...

izman:

memang menarik tempat2 di JB ni... and insya allah,.. jika ada rezeki dan masa yang sesuai...pasti akan datang lagi... tapi tak tahu bila.... kena buat budget betul2...

sesungguhnya bercuti2 malaysia dengan budget yang terancang akan membuatkan percutian itu lebih bermakna!..