15 January 2009

Apa sudah jadi.......................

Sudah agak lama kiranya tidak men'n3' di ruangan ini... tuntutan kerja dan urusan rumahtangga memaksa aku mendiamkan diri seketika.. (walaupun hakikatnya baru 2 hari je tak update..hahahah)... Hari ni dan kali ini aku nak citer pasal "Memey oh Memey"... aku sebenarnya tak mahu ambik port citer panas antara artis2 ni...bukan aku tak minat ruangan hibuaran... tapi, apabila terlalu byk media menonjolkan mereka.. maka, aku dah tak rasa climax dah pada story mereka... cuma.. hari ini, kali ini aku terpanggil untuk memberikan pendapat dan 'kegusaran'.... harap2, jgn ada plak yg menghentam aku.. seikhlasnya... perkara ini perlu kita sama2 fikirkan.

Aku tak tengok pun rancangan Wanita Hari Ini.. (mcm mana nak tengok.. aku kat opis).. tapi, surat khabar dok publish je citer dia... radio pun sama.. tv pun sama.. so, akhirnya, dari tak tahu, terus jadi tahu.. aku tak menyokong mana2 pihak kerana pada aku,...dosa dan pahala adalah dua perkara yang berbeda.

Sedarkah kita akan kesan negatif yang akan menimpa umat islam (terutamanya di Malaysia) apabila cerita Memey dan pengakuan Memey tu diperbesarkan di media? Secara tidak kita sedari dan yg amat mendukacitakan...perkara sebesar khalwat tu sudah menjadi perkara biasa.. macam satu kesalahan langgar had laju jer...
Bila media dok sibuk2 cari Memey, then bagi dia special guest utk that program, itu membuatkan perception tentang khalwat telah terbalik.... ini memberikan gambaran yang khalwat bukan satu kesalahan berat pun! tu yg aku rasa kita patut sama2 pikirkan....Pulak tu..org yang kena tangkap khalwat.. leh lagi senyum manja, possing, dan seakan2, khalwat tu tak de apa2 makna pun... sepatutnya, orang yang kena tangkap khalwat perlu ada rasa malu pada diri, pada masyarakat dan rasa TAKUT pada tuhan...

Aku takut sangat dengan perception yang telah terbalik ini... kesannya mungkin tidak sekarang,.. tetapi dalam beberapa tahun lagi... atau mungkin tak sampai beberapa tahun pun lagi..... Oleh itu.. media... selain daripada mendptkan news value.. kenalah peka kepada kesan sesuatu berita itu terhadap agama, masyarakat dan budaya...Ya.. aku paham.. media tugasnya mendapatkan berita... tak kiralah berita apa sekalipun janji ada news value...tetapi ke'sensetive'an pada sekeliling juga perlu untuk menjamin sebuah masyarakat yang bertamadun.

Masa aku kecik2 dulu.. aku ingat lagi.. jika ada lelaki dan pompuan jalan sama2, mesti orang sekeliling pandang...dan dorang yg berkapel pun tentu rasa malu dan tak berani.. tapi kini... bukan setakat berani pegang2 tangan, peluk2, cium2 pun dorang dah tak heran.. kenapa dorang tak heran? kerana kebanjiran informasi2 ini melalui pelbagai saluran media.... so, aku tak mahu bila hal2 khalwat ni di popularkan, ia akan membuatkan orang ramai pun dah tak heran hal khalwat. Macam tak kesah pun kena tangkap khalwat... macam tak de dah rasa malu .. Di manakah nilai2 kemelayuan yang penuh sopan santun itu?

Sama-samalah kita renungkan ye.....

8 comments:

A.I said...

BETOIII....AKU SETUJU NGAN KATA2 HANG TU!

CuTeMiUt78 said...

yup..betul bagai dikata..

Ciklinn said...

iyerlah aku pun tgok.. nak statement dia kata pada dia benda ni biasa jer... hanya pandangan masyarakat jer yg jadi nagetiff... arghhh

apapun aku setuju dgn apa ko tulis tu

grow2g3th3r said...

ai:

aku pun setuju ngan kata2 aku.
heheheh


CuteMiut78:

yup.. sama2lah ye kita renung2kan.

Ciklinn:

itulah pasalnyer.... tu yg aku rasa macam sedih tu..

Anonymous said...

Ya...setuju jugak


tatau ler dunia kita sekarang

cendawanintim said...

tu dia budak mass com wat ulasan!!cayalah!

aku tak baca pon kisah diaorang...aku bengap sket bab2 artis ni..baik aku surfing resepi!!

Mak Su said...

dorang eksploitasi kot, untuk gather ramai penonton kat rancangan depa

grow2g3th3r said...

cendawanintim:

heheheh... aku just tulis je apa yg aku rasa....


Maksu:

mereka meng'eksploitasi' kisah ini sehinggakan mereka lupa pada kesannya di masa akan datang.. Actually, mereka kena lebih peka dan gunakan pendekatan lain utk cerita 'memey' ni..seperti selitkan nasihat memey kepada para belia, tunjukkan peratusan kes khalwat di malaysia,.. peranan JAWI/JAIS, then panggil ulama utk komen & nasihat,.... Hah.. kan ke elok tu.. sekurang2nya media bagi kita ilmu dan bukan gossip.. tak gitu? heheheh just my opinion jer ni.