N3 yang lalu dla ada mentioned tentang TAKAS kan... mcm ni.. Takas tu maknanyer, Tabung Amanah Keluarga Abdullah Sani.... Datuk dla bernama Abdullah Sani.. dan datuk dla mempunyai 13 orang anak dan berpuluh2 orang cucu serta cicit....keluarga kami sangat besar dan dalam 13 orang tu, hanya 2 orang je anak2 atuk dla yang tinggal jauh dari KL,... sorang kat Kluang Johor dan sorang lagi kat Sg Nerang, Kedah... yang lain-lain memang ada kat kawasan lembah klang.
Penubuhan TAKAS ni dah lama dah.. kalau tak silap pada tahun 1995 lagi.... actually, masa mula2 dulu, penubuhannya adalah untuk memantau, membantu dan menyediakan bantuan kepada arwah nenek + arwah datuk.. yelah.. anak2 mereka ada 13 orang dan masing2 bagi duit,.. so, bila arwah nenek masuk spital..... kadang2 duit arwah nenek tu tak tahu mana pergi... so, itulah sebabnya TAKAS ditubuhkan....
Semasa arwah atuk hidup,... memang tabung ni banyak membantu dalam urusan menyediakan kemudahan atuk seperti sediakan pembantu rumah khas utk jaga atuk, me'renovate' rumah supaya memudahkan atuk dan mcm2 lagilah...
Kini, bila atuk dah tak ader... tabung ni diteruskan jugak kerana kami semua tak mahu masing2 bawak haluan sendiri.. bila berkumpul dan bermesyuarat ni, sekurang2nya kami dapat berjumpa.. oleh itu, perjumpaan diadakan pada setiap bulan dan tempatnya akan bertukar2... ada yang buat kat rumah, ada yang sponsor buat kat hotel, ada yg sponsor buat kat tempat perkelahan... pendek kata, buatlah kat mana2 janji sebulan sekali mesti ada meeting ni.
Objektif TAKAS skrg ni jugak dah pelbagai... ia membantu ahli2 keluarga yang mempunyai masalah,.. saper2 yg nak kawen, akan dapat bantuan dari takas, saper2 yang melahirkan baby dpt duit, saper2 yg admitted pun dapat duit, saper2 yang anak mereka ambik UPSR, PMR dan SPM akan diberikan yuran, dan anak2 yang masuk darjah satu jugak akan diberikan imbuhan... Dan yang paling best... result2 exam akan diwartakan dalam minit mesyuarat... pendek kata, setiap perkembangan kami akan dipantau oleh ahli keluarga....
emmmmm panjangnyer explanation kan....
Okay, kali ni, takas dibuat di rumah mak dla kerana my mum buat kenduri sikit sempena dapat 2 orang cucu.... so, menu utk mesyuarat ni, nasi impit + kuah kacang + kuang lontong + mee hon dan kuih muih... yang lain2.. ahli2 takas bawak... jom layan...
No comments:
Post a Comment