07 July 2009

05 July... Happy Birthday Ayah

Ini sebahagian daripada ahli2 keluargaku...
ayah sedang 'kusyuk' + 'sayu' baca kad besday kami....
Pose..

Okay... besday daddy sedang get ready tiup lilin...

emm.. ayah dah 60tahun dah...
Majlis besday ayah ni kami adakan awal 2 hari.. ini kerana adik beradik yang lain ada pelbagai aktiviti pada hujung minggu.. tambahan pula..ayah nak p segamat utk hantar Najihah ke Uitm Segamat.. so, nak tak naak,... kami terpaksa buat awal.. actually... planning nak buat 'makan2' kami rangka pada jam 4petang.. so after opis hours... aku, ain, nurul, suzie dan MZ memulakan pencarian makanan... Dan mak pula kat umah dah ready ngan meehon soupnyer....Dan dalam masa yang sama... sms kat abang untuk pulang ke Keramat utk meraikan besday ayah.. alhamdulillah.. semua anak, menantu, cucu hadir.... kecuali kakak iparku.. shahriz dan anak buahku.. hariss, tawfiq dan haseeb yang berada di Rompin.. tak per lah erk... abang izam dah makankan utk mereka... hahahahah
Emm.. tahun ni.. ayah genap 60 tahun... tak sangka.. dah menginjak ke angka 60 dah ayahku... tapi, ayah seorang lelaki yang kuat... meskipun telah bersara dari TNB, tapi masih lagi berkhidmat secara kontrak ngan TNB.... kekuatan dan semangat ayah bekerja.. sedikit sebanyak memberi kesan positive pada diri aku...
Ayah yang ku kenali.. seorang lelaki yang sangat...sangat... sangat penyabar... aku tak tahu kenapa sifat penyabar yang ada pada diri ayah tidak melekat pada diri aku... Ayah juga seorang yang tegas... dulu2.. masa aku kecik.. memang kami adik beradik diwajibkan belajar depan ayah... dan waktu tu... tak de istilah mengelat.... pasti pukul 8mlm... semua dah pegang buku.. cuma kini, mungkin faktor umur,... ayah agak slow sikit ngan disiplin tersebut... mungkin juga kerana anak2 dah besar panjang... Ayah juga seorang yang pandai budget.. planning... kalau tang duit.... ayah memang sangat jaga dan teliti.. bukan kedekut.. tapi ayah memang mementingkan budget... contohnya....kami diajar jika pergi beli barang kat kedai... tengok dulu tanda harga dan jika ada wang balance (baki),.. ianya mestilah tally... aku pernah tau dimarah dan disuruh utk ke kedai semula jika balance tidak tally.... dan ayah juga.. kalau beli barang kat giant or carefour or tesco or mana2 sekalipun... mesti check resit tu satu2... walaupun kadang2 aku rasa ianya leceh.. tapi, sebenarnya... ayah ajar aku tentang hak2 pengguna.. heheheh.....
kesimpulannya.. ayah adalah ayah yang paling hebat!... dan justeru itu, bila ulangtahun kelahiran ayah ini, kami sekeluarga amat rasa happy, bahagia dan amat berterima kasih pada ayah kerana menjaga kami... dan di sini, aku juga mohon kepada-MU Ya Allah.. Lindungilah Ayahku... Bekalkanlah kesihatan yang berpanjangan buat ayah... Berkatilah ayah dan murahkan rezekinya... Juga ku pohon kepada-MU Ya Allah...ikatkan lah hati kami sekeluarga dengan penuh kasih sayang... AMIN...