Ungkapan “Kerja sebagai satu Ibadah” seringkali kita dengar dan telah banyak diperbincangkan. Persoalan yang timbul, apakah perkaitannya sehinggakan ungkapan tersebut tidak dapat dipisahkan antara Kerja dan Ibadah.
Kita berkerja kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Kita berkerja kerana Allah, bermakna kerja itu dianggap satu ibadah dan yang paling penting ialah setiap kerja atau perbuatan yang dilakukan hendaklah disertai dengan ”Nawaitu” atau niat yang suci agar setiap usaha kita itu di berkati agar ianya menjadi ibadah.
Setiap kerja yang hendak dilakukan perlu kepada perencanaan yang betul, kerja yang dilaksanakan bukan sahaja untuk hari ini, bukan kerana gaji dan wang tetapi kerana tanggungjawab kita terhadap yang diamanahkan kepada kita.
Berharap kepada diri dan rakan-rakan yang dikasihi, sama-samalah kita berkerja dengan sebaik mungkin bukan sekadar sambil lewa, dikuatiri jika kita tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan keikhlasan ianya tidak lagi mendatangkan keberkatan dan ibadah yang diharapkan.
Oleh itu, bekerjalah dangan ikhlas dan pupuklah semangat suka bekerja. Hargailah masa bekerja dengan betul-betul bekerja agar gaji atau apa saja yang kita terima setimpal dengan kerja yang kita lakukan supaya rezeki yang diterima diberkati.
Sama-sanmalah kita ingat bahawa setiap pekerjaan dan perlakuan yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan kepada kita dihadapan Tuhan dan masyarakat kelak. Oleh itu janganlah menutup kesalahan diri dengan melemparkan kesalahan kepada orang lain kerana kita perlu ingat setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan menampakkan perbuatan baik untuk diri sendiri, sebaliknya setiap perbuatan jahat itu akan memaparkan balik kejahatan diri kita sendiri.
Dalam kita bekerja sehari hari perlulah ada perasaan hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sikap sedia membantu dan sedia berbincang supaya setiap permasalahan dapat ditangani dengan lebih harmoni dan persepakatan..
Sama-samalah kita mempertingkatkan mutu dan nilai kerja kita ke arah kecemerlangan dan kejayaan dan sama-samalah kita amalkan konsep TUJUH S sepertimana berikut:
SEGAK : cara berpakaian, keterampilan diri
SOPAN : dalam pertuturan, peradapan, budi pekerti
SALAM : sentiasa mulakan dengan ucapan salam, bersalaman antara kita untuk mengeratkan
Kemesraan ditempat kerja
SENYUM : sentiasa senyum, berakhlak mulia ditempat kerja
SENSITIF : sentiasa peka kepada pelangan dan kehendak orang lain
SEDIA : sentiasa bersedia berkhidmat tanpa pilih kasih
SETIA : setia berkhidmat, akur perintah dan komited pada tugas dan tanggungjawab yang
10 comments:
aku kene tambah lagi satu...
SLEEP
ngeh ngeh.. :P
ai:.. tang SLEEP tu.. wajib tu.. tapi kul 1-2ptg je... itupun 15 minit je...
very gud statement....somethg to think about....kerja yg kita buat sekarang ini adalah pilihan kita sendiri....so jgn beri alasan utk tidak perform....
sharing is caring rite?!
Wah! betul2!!
saaya sokong 100%
!!
yerr..tiap langkah kita keja & penat keja tu pahala & hapus kan dosa2 kita yg dulu2..
noor mohamad:... yup.. learning together okay....
cend:... yup.. sharing is caring.. sharing is loving...
Ira:... tq kerana menyokong 100%
hanim:.. betul tu hanim.. oleh itu, jgnlah kita mengeluh pada kerja kita... Kata nak pahala kan.. kan.. kan...
Post a Comment