01 August 2009

1st August 1999 - 1st August 2009: Anniversary....

Aku boleh katakan yang entry ni exclusive tau sebab.... ianya sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan ku yang ke 10 Tahun... wah.. tak sangkanyer.. dah 10 tahun melayari bahtera rumahtangga... Banyak gak lah cabaran dan dugaan yang telah kami tempuhi.... dan dalam mengharunginyer... kadang2, berlakulah juga perselisihan faham, ketidakpuasan hati, kecik hati dan sebagainya.... Tetapi, sepanjang 10 tahun melayari bahtera ini, perkara yang paling berharga adalah kurniaan 2 orang cahayamata sebagai pengikat dan penyimpul kasih sayang... mereka berdualah segala2nya bagi kami....

Jadi, kesempatan ini, aku titipkan semula kenangan pernikahan yang telah berlansung secara sederhana pada 01081999 jam 11am di Masjid Sg. Tua, Selayang....Ingin ku tegaskan di sini, entry ini bukanlah untuk mempromosi diri (kerana aku tau.. orang lain pun kawen gak...) tapi, ianya lebih kepada kenangan dan ku kongsi kepada rakan2 yang membaca blog ini.... (sharing is caring)

Nie gambar kami sejurus selepas dinikahkan.. kedua-dua belah keluarga...


Nie pulak kat depan masjid... memang muka suci giler waktu ni...


Masa ni,..umur aku 22 tahun.. muda belia lagi...


Pose tak boleh blah... tapi, acceptable lah kan... sebab first time mengadap photographer... perlulah kekok2 dan malu2 gitu...


010899.....

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)

“Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”
(Hadith riwayat At-Tabrani)


3 comments:

HaNiM JeFF said...

hadis di atas buat hanim sedih & terasa k...9coz i'm still single)serious!!! :(

grow2g3th3r said...

hanim.... ko jgnlah sedih.. belum tiba jodoh ko lagi.. aku doakan agar ko cepat dpt jodoh

HaNiM JeFF said...

suh jd broker hanim tak nakkkkkkkkk!!ishh2 suh la fmly akak or abg shamsul carikan..kata ramai kwn;((