Bazaar Ramadhan Setiawangsa...
Kat sini,... ada mcm2/pilihan makanan....
Arissa yang happy nak beli makanan....Bulan puasa nie, apa yg paling menarik adalah bazaar ramadhan... ketika inilah kita dapat tengok setiap kawasan/tempat menyediakan bazaar ramadhan... memang happeningkan..... kadang2 boleh dilihat peniaga lebih ramai dari pembeli.... apa jua pun, susah nak cakap yang rakyat Malaysia ni tak de duit... sebab asalkan ada peniaga, pasti ada pembeli.....
Tak dinafikan,.. kadang2 kualiti makanan yang dijual di bazaar ramadhan tidak menepati standard yang dikehendaki... itu normal... sebab kadang2 ada yang tak menepati citarasa tekak kita,.. ada yg sengaja take granted dalam berniaga dan kita sendiri as consumer yang tak pandai nak gunakan kuasa kita... hehehehhe....
Bagi dla sekeluarga,... memang bazaar ramadhan memainkan peranan yg cukup besar dalam hidup kami sepanjang bulan puasa ni.... Nak masak.... memang sangat2 tak sempat... nak masak nasi pun tak sempat..... memang majikan bagi balik keje jam 4.45ptg... tapi, dla terpaksa singgah umah mak utk ambik anak2,... then baru balik umah. Actually perjalanan dari rumah mak (keramat) dan ukay perdana (umah dla) taklah jauh... hanya 15minit jer.. tapi ..... sejak bulan puasa.. jalan adalah jam!... sepanjang jalan tu, ada 3-4 buah bazaar ramadhan yang ditemui... mana tak jam kan.... sikap pemandu yg parking kete tak hingat dunia lagi.....adus.. benar2 menjadikan faktor tak sempat masak!
Dla sekeluarga.... membeli belah kat Bazaar Setiawangsa... memang best dan happening... byk pilihan.... tapi, so far.. kami cuba tidak membazir... (kadang2 membazir gak... nafsu mataaaaaaaaaa)....
Hari ni... budak dah mula sekolah.... tak tahulah sempat ke tidak utk sampai ke umah utk berbuka... rasanyer... ada peluang kami berbuka puasa dalam kereta.... oleh itu, harus lah standby buah kurma dalam kereta... hahahahah.... Alangkah indahnya jika Ministry of Education usulkan supaya sekolah diberi cuti sebulan sepanjang ramadhan... sekurang2nya... dapat mengelakkan kesesakan yang luar biasa dan sekali gus dapat mendidik kanak2 supaya berpuasa dengan betul.... tak delah budak2 bagi alasan penat/letih kerana bersekolah.... setuju tak?... setujulahhhhhhhhhhhhhhhhh......

5 comments:
amboi nak bagi cuti sekolah sebulan.....byk cantik.....ini semua part and partial of our life....hanya sekali kita akan melaluinya...so kita patut menikmatinya bukan mengeluh dan rasa nyesal...
Noor... i bukan mengeluh.. sekadar nak mencadangkan je diberikan cuti sekolah sebulan... kata RAKYAT DIDAHULUKAN... so, usul i ni perlulah didahulukan.. pak2 dan mak2 menteri lainlah.. dorang lalu kat jalan raya... berderet2 polis iringan dah booked jalan utk dorang.. dorang tak rasa penatnyer berhadapan ngan JAM....so, cuti sekolah ke, bukan cuti sekolah ke.. dorang tak dapat apa2 effect.. macam i as rakyat ni.. sangatlah terasa perbezaan cuti sekolah dan bukan cuti sekolah....sekurang2nya jika cuti...... sempatlah gak i ni nak balik masak nasi... kasihanilah i as rakyat yang membayar cukai dan mengundi nie.....hahahahahah
manusia mmg xpernah puas dan syukuri apa yg kita ada...apa yg kita nikmati....kita sibuk mengkomplen walaupun hidup kita jauh lebih baik compare to orang Iraq, palestin, Afghanistan dan yg sama waktu dgnnya....fikir2kanlah wahai pengundi yang budiman yang berharap balasan dr org politik.....
Noor: nama pun manusia... memang tak pernah puas apa yg mereka ada kerana mereka ada kehendak....tapi, jgn disamakan kehendak dengan tidak mensyukuri nikmat yg diberikan... kerana mensyukurilah manusia2 ni ada kehendak.... then, jika kehendak ini dipenuhi, barulah impian PENCAPAIAN DIUTAMAKAN dapat direalisasikan.... bukan setakat pencapaian harga minyak aje....
SYUKUR ADALAH MENGHARGAI APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN KEPADA KITA....KEHENDAK SELALUNYA DISELAPUTI DENGAN HAWA NAFSU YANG MEMBERONTAK......
Post a Comment