13 October 2008

Lesson Two: Tips Meningkatkan Daya Ingatan

Artikel ni pun bagus utk kita sama-sama manafaatkan.. selain dari utk diri kita sendiri.. ia juga sesuaikan untuk anak-anak kita...


Meningkatkan Daya Ingatan

Anda berasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta-fakta, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

1
. Cukup Tidur
SEBENARNYA, kita dapa meningkatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan cukup tidur selama lapan jam setiap hari. Individu yang tidak cukup tidur yang kronik boleh menyebabkan ingatan menjadi ’tumpul’.

2.
Mengawal Tekanan
TEKANAN hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

3. Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin Atau Makanan Tambahan

UBATILAH kemurungan anda sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada tuhan.4. Awasi Pengambilan Ubat
DAYA ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu, daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

5. Bermain Dengan Angka
ASAHKAN minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan anda.

6.
Awasi Pengambilan Ubat
DAYA ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, antikemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

7.
Banyak Membaca
JADIKAN amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

8. Katakan Berulang Kali
UNTUK meningkatkan ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.


Sumber daripada majalah i-sihat

No comments: